Oleh
Syed Muhammad Naquib Al - Attas
Menurut Pandangan Naquib Al - Attas Worldview of Islam bukanlah berdasarkan falsafah atau sejarah. Ia juga tidak tertakluk kepada peredaran masa. Namun begitu dunia Arab masa kini banyak yang di pengaruhi oleh pengaruh moden sekular yang berkonsepkan rasa dan pengalaman yang wajar.
Worldview of Islam merangkumi kedua - dua aspek iaitu al-dunya dan al-akhirah, yang mana aspek dunia tidak dapat dipisahkan dengan aspek akhirat. Menurut beliau, dunya adalah persiapan untuk akhirat namun begitu aspek dunya tidak di abaikan.
Islam ada lah agama yang berteraskan wahyu , semua ajaran yang berkaitan dengan Islam disampaikan dengan wahyu yang sampaikan melalui rasul. Oleh itu pandangan hidup Islam dicirikan oleh keaslian dan muktamat yang menunjukkan kepada apa yang utama dan ia merupakan projek gambaran realiti dan kebenaran yang merangkumi kewujudan dan kehidupan yang berlandaskan unsur - unsur asas yang yang di tubuhkan selama- lamanya.
Islam berteraskan kepercayaan kepada tuhan yang satu. Ianya terkandung di dalam Quran yang disampaikan melalui rasul.
Setelah membaca keseluruhan artikel saya amat bersetuju dengan pendapat yang di utarakan oleh penulis. Ini kerana, Pada pendapat saya , World view of Islam adalah pandangan dari kacamata Islam terhadap sesuatu isu yang berlaku. InI kerana sebagai seorang Islam setiap apa yang kita laku kan sama ada perbuatan , percakapan mahupun pemikiran haruslah berlandaskan ajaran Islam. Kita haruslah menitik beratkan segala penetapan halal , haram, sunat , harus dan makhruh yang telah di tetapkan. Kerana dengan penetapan - penetapan ini lah yang menjadi alat untuk kita menilai baik buruk dan keutamaan sesuatu perkara.
Assalamualaikum, salam perkenalan. Saya harapkan usaha berkongsi ilmu di wadah blog ini berterusan. Semoga berjaya. Jemput ke blog saya untuk bertukar-tukar fikiran. Terima kasih.
ReplyDelete