Friday, 20 December 2013

Kelas Akhir Falsafah dan Kesusasteraan Melayu.

16/12/2013

Hari ini kami dikehendaki membentangkan tiga link yang kami pilih mengikut konsep - konsep yang telah kami pelajari terdahulu.( konsep-konsep itu ada dimuatkan dalam blog-blog saya yang terdahulu). Saya telah memilih konsep Khalif iaitu Tradisi dan kemodenan. Link yang saya pilih ialah mengenai Cukur Jambul, Bersanding dan Hijab. Entah mengapa agaknya hari ini saya merasakan  masa berjalan begitu laju. Mungkin kerana terasa sayang menghabiskan hari - hari terakhir kelas tersebut.

Saya merupakan pembentang kedua, oleh kerana masa tidak mencukupi para pelajar hanya dibenar membentangkan dua link sahaja. Saya telah memilih tajuk bersanding dan hijab. Dalam nasa yang singkat saya telah cuba menerangkan kepentingan kedua - dua perkara ini dari pandangan agama, adat tradisi dan analoginya pada masa kini. Boleh saya katakan disini , dalam kita menyanjung adat jangan sekali - kali kita keterlaluan sehingga jatuh kurafat dan dalam kita mengikuti perkembangan arus kemodenan jangan pula sekali - kali kita alpa dengan tuntutan agama dan melupakan adat budaya kita. Pendek kata kita harus lah mengkaji yang mana boleh dan tidak boleh di lakukan, yang mana releven dan yang mana harus di tinggalkan. Setelah mendapat jawapannya kita gabungkan tuntutan agama , adat dan mengadaptasikannya mengikut  kesesuaian zaman . Maka dengan ini akan terlahirlah insan yang sempurna dunia dan akhirat. Ini kerana adat dan agama kedua -duanya adalah sama penting di dalam kehidupan kita iaitu seorang Melayu yang beragama Islam.

Monday, 9 December 2013

Konsep TA'DIB: Teras Falsafah Pendidikan Islam

Anak - anak kecil diibaratkan seperti kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Kerna itu pendidikan Islam adalah amat penting , ini kerana dengan pengetahuan agama yang cukup seseorang itu akan menjadi insan yang mulia terhindar dari melakukan kemungkaran.

Oleh itu dalam memberikan pendidikan agama, ianya haruslah diterapkan semasa anak - anak ini masih kecil. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini kerana ketika kecil anak- anak ini masih bersih hatinya dengan ini segala ilmu akan mudah diserap. Maka sekiranya baik ajaran yg diberi , baiklah anak itu. Tetapi jika sebaliknya maka buruklah perangainya.

Menyentuh tentang Pendidikan Islam sememangnya di sekolah rendah mahupun menengah ada pendidikan Islam diajar di sekolah tetapi bagi saya ianya tidak mencukupi. 1 masa 30 minit 2 kali seminggu adalah terlalu sedikit diperutukkan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memberi pendidikan agama di luar waktu  sekolah.

Selain itu saya amat  menyokong ibu bapa menghantar anak - anak ke sekolah KAFA iaitu Sekolah rendah agama. Di KAFA pengajarannya menyeluruh fardu ain, feqah , tauhid dan turut diajar bahasa Arab. Saya berkata begini kerana saya melihat sendiri bagaimana perkembangan anak - anak kakak saya yang bersekolah KAFA, dalam usia yang masih muda mereka boleh membaca Al Quran dengan begitu baik sekali beserta tajwid nya, membaca tulisan jawi dan boleh bertutur Bahasa Arab Asas.

Masih saya ingat lagi suatu peristiwa, sememangnya saya sangat rapat dengan anak - anak buah saya ini . Peristiwa ini berlaku pada bulan ramadhan ,kebiasaannya selepas sembahyang fardu saya akan mengaji kebetulan anak buah saya yang ketika itu berumur 11 tahun turut mengaji bersama. Alangkah malunya saya apabila anak yang berusia 11 tahun menegur bacaan saya yang salah tajwidnya. Namun begitu saya berasa kagum dengan anak buah saya itu diatas kebolehannya. Selain itu anak-anak buah saya turut menegur saya yang tidak bertudung pada masa itu dan turut memberitahu saya hukum tidak menutup urat. Alhamdulillah sekarang saya telah berubah dan sudahpun bertudung.

Apa yang ingin saya tunjukkan di sini ialah bahawa dengan bimbingan dan peranan ibubapa seseorang anak itu mampu menjadi anak yang hebat dan seimbang dari segi duniawi dan akhirat...

Dengan keputusan yang baik dalam upsr dan upsra anak - anak buah saya yang sulung melanjut kan pelajaran di Maahad Hamidiah Kajang dan telah pun berjaya di terima melanjutkan pelajaran di Universiti Alexandrea Mesir dalam bidang kedoktoran namun di sebabkan oleh krisis di Mesir telah di pindahkan ke Universiti Gajahmada Indonesia. Manakala anak buah saya yang kedua dengan keputusan yang baik dalam upsr dan upsra beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke MRSM di Muar dan sekarang sedang menunggu keputusan PMR.

Setelah mempunyai anak sendiri saya pun turut mengambil pendekatan yang sama , tidak hanya mengharap pendidikan agama di sekolah sahaja tetapi turut mendapatkan pendidikan agama di luar.. insyaallah diharapkan agar anak saya nanti turut menjadi insan yang seimbang dunia dan Akhirat .........Aminnn....

2/12/2013

Hari ini Alhamdulillah aku hadir ke class seperti biasa.  Aku datang cepat kerana dah berjanji dengan kawan-kawan untuk datang awal kerana nak siapkan assignment berkumpulan kami. Penat , tansion tp bila berjumpa hilang semua perasaan tu, tambahan pula bila dapat pergi  makan sama - sama.

Hari ini dua orang dari rakan sekuliah aku di pilih untuk membentang  blog mereka tak lain tak bukan geng aku Shah yang hebat dan Ashraf. Berkenaan Tradisi dan kemodenan.. Ashraf bercerita tentang teknologi manakala Shah pula menceritakan pengalamannya melancong ke Padang Indonesia. Menarik aku belum pernah menjejakkan kaki ke Padang lagi tapi setelah mendengar cerita dari Shah teringin pula rasanya..

Insyaallah satu hari nak pergi jugak. Kelas habis awal tetapi kami tetap berkumpul membincangkan tentang Artikel yang baru kami terima dari Dr. Mas iaitu Konsep Ta'dib: Teras Falsafah Pendidikan Islam.

Sunday, 1 December 2013

Amalan bercukur jambul

Merujuk kepada petikan Khalis Muammar A. Harris (Pandangan Islam terhadap tradisi dan kemodenan).

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi.

Menurut sunnah Nabi Muhammad  s.a.w telah melakukan aqiqah terhadap cucu-cucunya Hassan dan Hussin pada hari ketujuh kelahiran . memberi nama dan seterusnya mencukur rambut cucu-cucunya kemudian rambut - rambut itu di timbang dan disamakan nilainya dengan perak. Kemudian menyedekahkannya kepada fakir-fakir miskin. Menurut islam juga pada hari ketujuh ini juga akan dilakukan tahnik iaitu memasukkan sesuatu yang manis seperti madu atau pun buah tamar yang di hancurkan lalu di calit ke lelangit bayi.

Namun begitu masyarakat melayu hari ini telah mengcampurkan tradisi Islam ini dengan adat dan budaya Melayu yang mana banyak di pengaruhi oleh budaya Hindu. Pengaruh budaya Hindu yang di maksudkan di sini ialah penggunaan buah kelapa yang digunakan untuk meletak rambut yang dipotong dan juga kebiasaan masyarakat melayu yang menggabungkan acara cukur jambul dan marhaban , buaian yang digunakan untuk meletakkan bayi itu pula dihias bagaikan pelamin . Dalam acara ini juga beras kunyit dan bunga rampai turut digunakan untuk merenjis setiap kali rambut bayi dipotong.

Pada masa kini dengan kemajuan yang dikecapi acara cukur jambul dijalankan dengan cara yang lebih meriah dan mewah. Namun begitu berbeza dengan sunnah Rasullullah yang melakukannya pada hari ke tujuh kelahiran , ibu bapa masa kini tidak menitik beratkan syarat tersebut lagi . Acara bercukur jambul kadang -kala kelihatan seperti acara pernikahan . Ibu bapa masa kini sanggup berhabis -habisan membuat persiapan dengan penyewaan khemah , sewaan katering bagi penyediaan makan minum tetamu, malah bagi bayi yang diraikan juga ibu bapa masa kini cenderung menyediakan buaian beserta pelamin yang kelihatan mewah dan tersergam indah di tengah rumah. Malah p.a sistem turut disediakan agar nyanyian marhaban dan berzanji dapat didengari khalayak.Tidak ketinggalan tetamu juga turut diberi cenderahati sama seperti kenduri perkahwinan.

Pada pendapat saya acara cukur jambul ini masih releven untuk diadakan. Ini kerana ianya merupakan gabungan tradisi Islam dan budaya Melayu yang perlu dipelihara. Namun begitu sebagai umat Islam kita haruslah bijak menilai yang mana boleh dan tidak boleh kita lakukan sebagai seorang muslim agar tidak jatuh kurafat. Dari segi berbelanja pula haruslah mengikut kemampuan individu dan elakkan pembaziran dan menunjuk - nunjuk kerana Islam melarang perbuatan begitu.

Bagi saya sendiri , untuk kedua-dua anak saya, acara bercukur jambul ini turut saya praktikkan . Ini kerana selain dari mengikut adat dan tradisi. Ia juga saya anggap sebagai kenduri kesukuran dan untuk mengumpulkan sanak saudara , dan kenalan seterusnya memperkenalkan bayi yang baru lahir itu...



Minggu penuh dugaan dan memenatkan

25/11/2013

 Hari ini pagi-pagi lagi aku telah masuk office tak fikir lain terus memulakan kerja yang bertimbun. Maklumlah hari ni aku hanya bekerja separuh hari sebab pada sebelah petang nanti ada kuliah dan pada keesokan harinya aku akan mengikut suami bermesyuarat dan memberi taklimat kepada staf - staf BSN cawangan Johor dan Melaka selama dua hari. Kalau difikirkan bebanan kerja dan assignment yang berlambak menanti memang tak boleh nak ikut, tapi atas permintaan anak -anak biarlah mama berkorban masa mama yang amat suntuk ini.(ibu mithali la konon tapi sebenarnya memang suka pun berjalan).

sedar tak sedar jam telah pun menunjukkan pukul 12:30 tengahari . Kelam kabut jadinya sebab dah berjanji dengan kawan sekuliah aku No-g nak datang cepat. Kemas -  kemas meja, tutup lampu dan aircond kunci bilik pejabat aku pun lari ke kereta dan terus memecut nak menuju ke UKM.

Hari ini aku bawak kereta Waja yang dahulunya milik aku dan yang aku guna untuk kesana kemari.Tetapi setelah suamiku hadiahkan kereta baru ,waja ini aku beri kepada bapa ku untuk digunakan. Kereta aku dipinjamkan pada bapa dan pakcik aku dorang balik kampung.  Ok lagi waja ni sebenarnya tapi apa la punya malang sedang aku berhenti di traffic light susur kekuar ke federal highway , injin kereta tiba-tiba mati. Aku nak start balik tak boleh. Mengelabah aku.. semua ahli keluarga aku talifon minta bantuan. Tak boleh nak bayangkan tengah hari panas terik , tengah - tengah jalan time orang keluar lunch. Aku telah menjadi punca kesesakan di kawasan itu.

Menunggu bantuan yang lambat tiba, sebab abang ipar aku kena tunggu poman habis makan dulu aku pun terpaksalah keluar dari kereta untuk memberi isyarat yang aku bukan suka-suka nak berenti kat tengah-tengah jalan ni tapi kereta aku rosak. Sebab ada juga pemandu - pemandu yang kurang cerdik dok horn aku sambil angkat tangan walaupun aku dah beri tanda lampu kecemasan. Tak faham aku orang Malaysia ni.

Dekat 20 minit juga menunggu akhirnya sampai gak abang ipar aku dengan poman , lega aku. Kereta aku di bawa ke bengkel. Alternater yg rosak rupanya. Melayang duit aku rm250. Tp anyway aku rasa bersyukur juga hanya di beri ujian kereta rosak dari diberi ujian kemalangan, Nauzubillahiminazzaliq. cuma yang ralatnya aku miss dua class hari ini iaitu class falsafah sastera dan psycholinguistic. Nak buat macam mana sabar je la....

Thursday, 21 November 2013

Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan

(Islamic view of Heritage and Modernity)
Khalif Muammar A. Haris

Di dalam artikal ini ada menyatakan tiga golongan manusia iaitu yang pertama golongan modenis dan pascamodenis yang menganggap bahawa tradisi adalah beban dan harus di lupakan untuk maju kehadapan. Golongan kedua ialah golongan tradisionalis. Golongan ini menganggap segala yang di perturunkan oleh nenek moyang dahulu tifdak boleh diganggugugat dan harus di terima seadanya tanpa diubah suai.  Golongan ketiga pula ialah golongan yang diatas pagar. Golongan ini berpendapat  agar memilih jalan tengah dengan memilih apa ajaran yang baik dan menolak apa yang tidak baik dan salah.

Ada beberapa maksud yang perlu di fahami di sini iaitu:
-  tradisi bermaksud adat kebiasaan yang diwariskan dari satu generasi ke generasi   melalui komunikasi lisan.
- Al-Thurath pula merupakan kumpulan karya - karya ulama silam yang merakamkan pemahaman dan pentafsiran mereka terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Secara keseluruhannya ianya merupakan pemikiran keagamaan Islam klasik.
- Moden atau modeniti dianggap sinonim dengan kemajuan dan pembangunan namun begitu pada hakikatnya ia adalah berbeza di mana modeniti mengandungi nilai - nilai Barat manakala kemajuan dan pembangunan tidak demikian.

Orang -orang Islam seharusnya menghormati dan menghargai tradisi, ini kerana melalui tradisi seseorang muslim dapat memahami Islam dengan sebenar - benarnya. Namun begitu bagi bersaing di dunia yang kian maju ini , umat Islam tidak harus menolak pembangunan. Ini seperti yang kita fahami pembangunan dan kemajuan ialah usaha untuk memajukan diri dan berjaya berbeza dengan modeniti yang lebih bersifat kebaratan dan sekular.
Dalam mengejar kejayaan dan kemajuan umat islam harus tahu menilai bentuk kejayaan yang diingini ini kerana walau apapun yang dilakukan oleh umat islam ianya harus lah berteras kan ajaran agama islam. Islam memang menggalakkan umatnya menuntut ilmu dan memajukan diri , Jika kita kaji segala bidang keilmuan adalah bermula dari dunia Islam contohnya seperti ibnu sina dalam bidang perubatan, Jabir Ibnu Haiyan bapa ilmu kimia dunia, ibnu khaldun pakar teori ekonomi Islam dan banyak lagi. Dapat dilihat disini sememangnya orang Islam adalah satu bangsa yang hebat . Tidak perlu rasanya untuk kita mengejar modenisasi acuan barat sedang kan kita boleh maju dengan cara dan acuan kita sendiri.

Monday, 18 November 2013

The Worldview of Islam

Oleh
Syed Muhammad Naquib Al - Attas

Menurut Pandangan Naquib Al - Attas  Worldview of Islam  bukanlah berdasarkan falsafah atau sejarah. Ia juga tidak tertakluk kepada peredaran masa. Namun begitu dunia Arab masa kini banyak yang di pengaruhi oleh pengaruh moden sekular yang berkonsepkan rasa dan pengalaman yang wajar.

Worldview of Islam merangkumi kedua - dua aspek iaitu al-dunya dan al-akhirah, yang mana aspek dunia tidak dapat dipisahkan dengan aspek akhirat. Menurut beliau, dunya adalah persiapan untuk akhirat namun begitu aspek dunya tidak di abaikan.

Islam ada lah agama yang berteraskan wahyu , semua ajaran yang berkaitan dengan Islam disampaikan dengan wahyu yang sampaikan melalui rasul. Oleh itu pandangan hidup Islam dicirikan oleh keaslian dan muktamat yang menunjukkan kepada apa yang utama dan ia merupakan projek gambaran realiti dan kebenaran yang merangkumi kewujudan dan kehidupan yang berlandaskan unsur - unsur asas yang yang di tubuhkan selama- lamanya.

Islam berteraskan kepercayaan kepada tuhan yang satu. Ianya terkandung di dalam Quran yang disampaikan melalui rasul.

Setelah membaca keseluruhan artikel saya amat bersetuju dengan pendapat yang di utarakan oleh penulis. Ini kerana, Pada pendapat saya , World view of Islam adalah pandangan dari kacamata Islam terhadap sesuatu isu yang berlaku. InI kerana sebagai seorang Islam setiap apa yang kita laku kan sama ada perbuatan , percakapan mahupun pemikiran haruslah berlandaskan ajaran Islam. Kita haruslah menitik beratkan segala penetapan  halal , haram, sunat , harus dan makhruh yang telah di tetapkan. Kerana dengan penetapan - penetapan ini lah yang menjadi alat untuk kita menilai baik buruk dan keutamaan sesuatu perkara.