Monday, 9 December 2013

Konsep TA'DIB: Teras Falsafah Pendidikan Islam

Anak - anak kecil diibaratkan seperti kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Kerna itu pendidikan Islam adalah amat penting , ini kerana dengan pengetahuan agama yang cukup seseorang itu akan menjadi insan yang mulia terhindar dari melakukan kemungkaran.

Oleh itu dalam memberikan pendidikan agama, ianya haruslah diterapkan semasa anak - anak ini masih kecil. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini kerana ketika kecil anak- anak ini masih bersih hatinya dengan ini segala ilmu akan mudah diserap. Maka sekiranya baik ajaran yg diberi , baiklah anak itu. Tetapi jika sebaliknya maka buruklah perangainya.

Menyentuh tentang Pendidikan Islam sememangnya di sekolah rendah mahupun menengah ada pendidikan Islam diajar di sekolah tetapi bagi saya ianya tidak mencukupi. 1 masa 30 minit 2 kali seminggu adalah terlalu sedikit diperutukkan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memberi pendidikan agama di luar waktu  sekolah.

Selain itu saya amat  menyokong ibu bapa menghantar anak - anak ke sekolah KAFA iaitu Sekolah rendah agama. Di KAFA pengajarannya menyeluruh fardu ain, feqah , tauhid dan turut diajar bahasa Arab. Saya berkata begini kerana saya melihat sendiri bagaimana perkembangan anak - anak kakak saya yang bersekolah KAFA, dalam usia yang masih muda mereka boleh membaca Al Quran dengan begitu baik sekali beserta tajwid nya, membaca tulisan jawi dan boleh bertutur Bahasa Arab Asas.

Masih saya ingat lagi suatu peristiwa, sememangnya saya sangat rapat dengan anak - anak buah saya ini . Peristiwa ini berlaku pada bulan ramadhan ,kebiasaannya selepas sembahyang fardu saya akan mengaji kebetulan anak buah saya yang ketika itu berumur 11 tahun turut mengaji bersama. Alangkah malunya saya apabila anak yang berusia 11 tahun menegur bacaan saya yang salah tajwidnya. Namun begitu saya berasa kagum dengan anak buah saya itu diatas kebolehannya. Selain itu anak-anak buah saya turut menegur saya yang tidak bertudung pada masa itu dan turut memberitahu saya hukum tidak menutup urat. Alhamdulillah sekarang saya telah berubah dan sudahpun bertudung.

Apa yang ingin saya tunjukkan di sini ialah bahawa dengan bimbingan dan peranan ibubapa seseorang anak itu mampu menjadi anak yang hebat dan seimbang dari segi duniawi dan akhirat...

Dengan keputusan yang baik dalam upsr dan upsra anak - anak buah saya yang sulung melanjut kan pelajaran di Maahad Hamidiah Kajang dan telah pun berjaya di terima melanjutkan pelajaran di Universiti Alexandrea Mesir dalam bidang kedoktoran namun di sebabkan oleh krisis di Mesir telah di pindahkan ke Universiti Gajahmada Indonesia. Manakala anak buah saya yang kedua dengan keputusan yang baik dalam upsr dan upsra beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke MRSM di Muar dan sekarang sedang menunggu keputusan PMR.

Setelah mempunyai anak sendiri saya pun turut mengambil pendekatan yang sama , tidak hanya mengharap pendidikan agama di sekolah sahaja tetapi turut mendapatkan pendidikan agama di luar.. insyaallah diharapkan agar anak saya nanti turut menjadi insan yang seimbang dunia dan Akhirat .........Aminnn....

No comments:

Post a Comment