Sunday, 1 December 2013

Amalan bercukur jambul

Merujuk kepada petikan Khalis Muammar A. Harris (Pandangan Islam terhadap tradisi dan kemodenan).

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi.

Menurut sunnah Nabi Muhammad  s.a.w telah melakukan aqiqah terhadap cucu-cucunya Hassan dan Hussin pada hari ketujuh kelahiran . memberi nama dan seterusnya mencukur rambut cucu-cucunya kemudian rambut - rambut itu di timbang dan disamakan nilainya dengan perak. Kemudian menyedekahkannya kepada fakir-fakir miskin. Menurut islam juga pada hari ketujuh ini juga akan dilakukan tahnik iaitu memasukkan sesuatu yang manis seperti madu atau pun buah tamar yang di hancurkan lalu di calit ke lelangit bayi.

Namun begitu masyarakat melayu hari ini telah mengcampurkan tradisi Islam ini dengan adat dan budaya Melayu yang mana banyak di pengaruhi oleh budaya Hindu. Pengaruh budaya Hindu yang di maksudkan di sini ialah penggunaan buah kelapa yang digunakan untuk meletak rambut yang dipotong dan juga kebiasaan masyarakat melayu yang menggabungkan acara cukur jambul dan marhaban , buaian yang digunakan untuk meletakkan bayi itu pula dihias bagaikan pelamin . Dalam acara ini juga beras kunyit dan bunga rampai turut digunakan untuk merenjis setiap kali rambut bayi dipotong.

Pada masa kini dengan kemajuan yang dikecapi acara cukur jambul dijalankan dengan cara yang lebih meriah dan mewah. Namun begitu berbeza dengan sunnah Rasullullah yang melakukannya pada hari ke tujuh kelahiran , ibu bapa masa kini tidak menitik beratkan syarat tersebut lagi . Acara bercukur jambul kadang -kala kelihatan seperti acara pernikahan . Ibu bapa masa kini sanggup berhabis -habisan membuat persiapan dengan penyewaan khemah , sewaan katering bagi penyediaan makan minum tetamu, malah bagi bayi yang diraikan juga ibu bapa masa kini cenderung menyediakan buaian beserta pelamin yang kelihatan mewah dan tersergam indah di tengah rumah. Malah p.a sistem turut disediakan agar nyanyian marhaban dan berzanji dapat didengari khalayak.Tidak ketinggalan tetamu juga turut diberi cenderahati sama seperti kenduri perkahwinan.

Pada pendapat saya acara cukur jambul ini masih releven untuk diadakan. Ini kerana ianya merupakan gabungan tradisi Islam dan budaya Melayu yang perlu dipelihara. Namun begitu sebagai umat Islam kita haruslah bijak menilai yang mana boleh dan tidak boleh kita lakukan sebagai seorang muslim agar tidak jatuh kurafat. Dari segi berbelanja pula haruslah mengikut kemampuan individu dan elakkan pembaziran dan menunjuk - nunjuk kerana Islam melarang perbuatan begitu.

Bagi saya sendiri , untuk kedua-dua anak saya, acara bercukur jambul ini turut saya praktikkan . Ini kerana selain dari mengikut adat dan tradisi. Ia juga saya anggap sebagai kenduri kesukuran dan untuk mengumpulkan sanak saudara , dan kenalan seterusnya memperkenalkan bayi yang baru lahir itu...




No comments:

Post a Comment