Ketamadunan Melayu Adalah Ketamadunan Islam
Oleh :S.M Zakir
Setelah membaca kerseluruhan artikel Ketamadunan Melayu
adalah Ketamadunan Islam saya amat tertarik dengan beberapa petikan ayat dari
artikal tersebut.
“Amat jelas di sini, bahawa Melayu itu adalah
konsep tentang ketamadunan Islam. Tanpa ketamadunan Islam, Melayu itu tidak
mungkin wujud sebagaimana yang ada sekarang. Bahkan mungkin perkataan ‘Melayu’
dan konsep kenegaraan ‘Melayu’ itu juga difahami dalam bentuk lain, atau tidak
wujud sama sekali. Melayu bukan bermakna bangsa atau kaum tetapi adalah agama
dan tamadun.”
Perlembagaan persekutuan Malaysia mentafsirkan dalam
artikel 160: “Melayu” ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim
bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu …..
Setelah membaca petikan –petikan ini saya bersetuju dengan
penmulis bahawa Ketamadunan Melayu
adalah Ketamadunan Islam. Ini menunjukkan bahawa maksud Melayu itu sendiri
bukanlah melambangkan sesuatu bangsa tetapi membawa maksud yang lebih meluas
iaitu satu cara hidup bercirikan Islam yang lebih berteraskan rasional dan
saintifik serta lebih mementingkan ilmu dan kebebasan dalam menjalani
kehidupan. Kebebasan yang dimaksudkan disini ialah setiap manusia adalah hanya
hamba kepada Allah s.a.w dan bukan hamba kepada sesiapapun (penghapusan sistem
perhambaan). Dengan mengamalkan ajaran Islam dan menjalankan kehidupan
cara Islam telah menjadikan Melayu satu tamadun yang di segani. Begitu pentingnya kaitan Islam dalam masyarakat Melayu
sehingga boleh dikatakan bahawa sekiranya seseorang Melayu itu murtad bermaksud
dia juga tidak boleh digelar Melayu lagi dia juga dianggap menderhaka kepada
sultan yang diangkat sebagai ketua kepada agama Islam.
Namun begitu jika dikaitkan dengan kehidupan kita pada hari
ini boleh dilihat bahawa semakin ramai orang Melayu yang malu menjadi Melayu.
- Orang Melayu yang asal keturunan nya beragama Islam tidak menghayati ajaran Islam itu dengan sepenuhnya akibatnya orang Melayu yang terkenal dengan sopan berpakaian dan tutur kata serta batas - batas pergaulan lelaki dan perempuan tidak di indah kan lagi.
- Orang Melayu tidak bangga dengan wajah Melayu mereka. Orang melayu yang terkenal dengan rupa – paras yang sederhana berambut hitam dan bermata hitam. Tetapi kini semakin ramai orang-orang Melayu yang menukar penampilan mereka dengan mewarnakan rambut menjadi perang dan memakai kanta pelekap. Yang lebih dahsyat lagi sehingga sanggup melakukan pembedahan plastic bagi menaikkan ketinggian hidung.
- Berbahasa Melayu dianggap tidak bijak dan Moden. Oleh sebab itu kebanyakan orang Melayu terutamanya yang berpendidikan tinggi dan golongan berada lebih gemar bertutur bahasa Inggeris di kalangan Mereka. Paling menyedihkan ada dikalangan Mereka yang bertutur dan menghantar anak – anak mereka ke sekolah yang beraliran Inggeris sehinggakan ada diantaranya yang lebih fasih berbahasa Inggeris dari berbahasa Melayu.
- Malaysia sebuah Negara yang memiliki masyarakat majmuk . Bagi menjaga hati masyarakat yang berbilang kaum bahasa Melayu yang dahulunya bahasa rasmi Negara Malaysia telah di ubah menjadi Bahasa Malaysia.
Berikut adalah beberapa pendapat peribadi saya. Berdasarkan
pemerhatian. Dengan itu bagi memastikan agar Tamadun Melayu terus gah di mata
dunia , kita sebagai Bangsa Melayu haruslah berperanan memelihara ciri –ciri
utama yang menjadi kebanggaan Bangsa Melayu itu sendiri agar Melayu terus gah
di mata dunia. Bak kata Laksamana Hang Tuah “Takkan Melayu Hilang di Dunia”
PERMATA HATI PEWARIS BANGSA

No comments:
Post a Comment