Berdasarkan petikan tersebut dapat kita fahami bahawa teks adalah salah satu bentuk ekspresi rasa dan makna halus yang ditunjangi aliran budi dan jiwa kebudayaan karyawannya. Teks yang baik adalah teks yang menyampaikan mesejnya secara berkias dan implisit dan khalayaklah yang akan mentafsirkan maknanya yang terselindung itu. Teks adalah cerminan budaya dan teks yang baik itu mampu membuatkan khalayak terus menerus mentafsirkan maknanya.
Selain mengenali teks kita juga harus mengenali pengkaryanya ini kerana setiap pengkarya mempunyai gaya dan cara tersendiri di dalam berkarya.
Teks mempunyai beberapa bentuk iaitu :
Deklaratif - " straight to the point "
Imperatif - pengakhiran yang tergantung. Khalayak yang harus mengtafsirkan pengakhirannya.
Interogatif - cerita yang berlapis ( drama dalam drama)
Pada pendapat saya teks lebih menarik dan mudah dihayati apabila dipentaskan. Adalah menjadi tanggungjawab pengarah untuk menzahirkan apa yang tersurat. Bagi mendapatkan pementasan yang baik pengarah haruslah mengkaji teks bagi memahami apa sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh penulisnya. Selain itu pemilihan pelakon yang tepat, latar yang dicipta dalam pementasan tatarias ,kostum dan bantuan teknikal amat memainkan peranan bagi mewujudkan suasana yang sebenar seperti yang digambarkan oleh penulis.
Pengalaman saya menonton pementasan teater Badai Semalam pada tahun 2011 yang lalu benar - benar memberikan suatu kepuasan. Ini kerana dengan kebijaksanaan pengarah sebuah karya yang agak serius hasil penulisan Khadhijah Hashim ini telah di tukar menjadi muzikal teater tanpa mengubah maksud teks. Dengan teknologi hebat di Istana budaya juga telah membantu pertukaran babak berlangsung dengan kemas dan lancar. Strategi menggunakan pelakon - pelakon hebat dan berbakat besar seperti Erra Fazira ,Aroon Aziz dan Ummi Aida juga banyak membantu menarik minat penonton untuk terus menonton dan penghayatan watak yang sangat hebat dari para pelakon benar - benar berkesan.
Tenaga Produksi:
Pengarah: Khairunazwan Rodzi
Penulis Skrip: Rahimidin Zahari
Pengarah Artistik: Irwan Ismadi Shahrim
Sememangnya menonton pementasan teater adalah lebih memberi kepuasan dan lebih mudah menghayati mesej yang ingin disampaikan berbanding membaca buck asalnya yang agak berat dan membosankan terutamanya bagi generasi muda yang lebih gemarkan tema cerita - cerita yang ringan.
SALAH SATU BABAK DALAM BADAI SEMALAM
No comments:
Post a Comment