Melalui artikal Melayu cerminan Islam saya bersetuju dengan pendapat penulis. Ini kerana sebagai manusia Bangsa Melayu adalah merupakan bangsa yang lengkap dan sempurna di sebabkan oleh gabungan dua elemen iaitu agama Islam yang di anuti dan juga budaya masyarakat Melayu itu sendiri.
Pokoknya di sini ialah Perlambagaan Malaysia yang telah mentakrifkan bahawa ciri –ciri orang Melayu adalah beragama islam. Dengan ini secara automatik tanggapan dunia bahawa Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.
Islam adalah sebaik –baik agama. Islam adalah menyeluruh meliputi segala aspek dan cara hidup. Bagi masyarakat Melayu Islam Adalah agama rasmi mereka. Sekiranya seseorang Melayu itu menghayati islam dengan sebenar – benarnya akan terhasillah seorang umat yang sempurna dari segi penampilan akhlak dan tingkah laku. Penetapan halal dan haram dan sifat – sifat terpuji ini lah yang perlu di terapkan oleh orang – orang Melayu di dalam segala bidang yang mereka ceburi .
Selain itu budaya yang di amalkan oleh masyarakat Melayu juga menyumbangkan kesan yang positif terhadap pandangan dunia terhadap Islam.
Orang Melayu terkenal dengan sifat sopan santun, lemah lembut dari segi berbahasa dan tingkah laku seterusnya cara berbahasa orang melayu yang sentiasa berkias dan beralas menjadi kan bangsa Melayu suatu bangsa yang amat di senangi.
Dengan gabungan ajaran Islam dan budaya Melayu telah menjadikan Bangsa Melayu cerminan Islam yang sebenar – benarnya seperti yang di tetapkan di dalam syariat. Berbanding dengan orang Islam di Timur Tengah . Mereka juga beragama Islam. Tetapi budaya hidup mereka yang kasar dan buas menjadikan mereka satu gambaran yang kurang baik bagi agama Islam.
Sebagai contoh. Seringnya berlaku pertelingkahan dan peperangan saudara di Timur Tengah. Selain itu Satu maklumbalas peribadi yang saya terima dari pembantu rumah saya yang pernah bekerja di Arab Saudi , bahawa majikan – majikan di sana sangat kasar dan berlaku kejam dengan pembantu rumah dan ramai juga pembantu rumah yang di rogol sehingga hamil.
Disini boleh dikatakan walaupun bangsa Arab di Timur Tengah menganut agama Islam tetapi mereka bukan lah gambaran ataupun cerminan Islam yang baik berbanding dengan Bangsa Melayu.
Sekian saja pendapat peribadi saya
tapi bila menyebut perkataan-perkataan arab, terus org boleh kaitkan seseorang itu sgt islamik. Kadang ceramah agama jadi sukar untuk difahami kerana terlalu byk istilah arab atau ayat qura'an yg dicedok untuk mengampuhkan penyataan usatz/ ustazah yg memberi ceramah.
ReplyDeleteCitations dari qur'an itu bagus tapi kalau terlalu byk dan tanpa penerangan yg jelas, umat semakin jadi keliru dan sesat jalannya..