Thursday, 21 November 2013

Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan

(Islamic view of Heritage and Modernity)
Khalif Muammar A. Haris

Di dalam artikal ini ada menyatakan tiga golongan manusia iaitu yang pertama golongan modenis dan pascamodenis yang menganggap bahawa tradisi adalah beban dan harus di lupakan untuk maju kehadapan. Golongan kedua ialah golongan tradisionalis. Golongan ini menganggap segala yang di perturunkan oleh nenek moyang dahulu tifdak boleh diganggugugat dan harus di terima seadanya tanpa diubah suai.  Golongan ketiga pula ialah golongan yang diatas pagar. Golongan ini berpendapat  agar memilih jalan tengah dengan memilih apa ajaran yang baik dan menolak apa yang tidak baik dan salah.

Ada beberapa maksud yang perlu di fahami di sini iaitu:
-  tradisi bermaksud adat kebiasaan yang diwariskan dari satu generasi ke generasi   melalui komunikasi lisan.
- Al-Thurath pula merupakan kumpulan karya - karya ulama silam yang merakamkan pemahaman dan pentafsiran mereka terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Secara keseluruhannya ianya merupakan pemikiran keagamaan Islam klasik.
- Moden atau modeniti dianggap sinonim dengan kemajuan dan pembangunan namun begitu pada hakikatnya ia adalah berbeza di mana modeniti mengandungi nilai - nilai Barat manakala kemajuan dan pembangunan tidak demikian.

Orang -orang Islam seharusnya menghormati dan menghargai tradisi, ini kerana melalui tradisi seseorang muslim dapat memahami Islam dengan sebenar - benarnya. Namun begitu bagi bersaing di dunia yang kian maju ini , umat Islam tidak harus menolak pembangunan. Ini seperti yang kita fahami pembangunan dan kemajuan ialah usaha untuk memajukan diri dan berjaya berbeza dengan modeniti yang lebih bersifat kebaratan dan sekular.
Dalam mengejar kejayaan dan kemajuan umat islam harus tahu menilai bentuk kejayaan yang diingini ini kerana walau apapun yang dilakukan oleh umat islam ianya harus lah berteras kan ajaran agama islam. Islam memang menggalakkan umatnya menuntut ilmu dan memajukan diri , Jika kita kaji segala bidang keilmuan adalah bermula dari dunia Islam contohnya seperti ibnu sina dalam bidang perubatan, Jabir Ibnu Haiyan bapa ilmu kimia dunia, ibnu khaldun pakar teori ekonomi Islam dan banyak lagi. Dapat dilihat disini sememangnya orang Islam adalah satu bangsa yang hebat . Tidak perlu rasanya untuk kita mengejar modenisasi acuan barat sedang kan kita boleh maju dengan cara dan acuan kita sendiri.

Monday, 18 November 2013

The Worldview of Islam

Oleh
Syed Muhammad Naquib Al - Attas

Menurut Pandangan Naquib Al - Attas  Worldview of Islam  bukanlah berdasarkan falsafah atau sejarah. Ia juga tidak tertakluk kepada peredaran masa. Namun begitu dunia Arab masa kini banyak yang di pengaruhi oleh pengaruh moden sekular yang berkonsepkan rasa dan pengalaman yang wajar.

Worldview of Islam merangkumi kedua - dua aspek iaitu al-dunya dan al-akhirah, yang mana aspek dunia tidak dapat dipisahkan dengan aspek akhirat. Menurut beliau, dunya adalah persiapan untuk akhirat namun begitu aspek dunya tidak di abaikan.

Islam ada lah agama yang berteraskan wahyu , semua ajaran yang berkaitan dengan Islam disampaikan dengan wahyu yang sampaikan melalui rasul. Oleh itu pandangan hidup Islam dicirikan oleh keaslian dan muktamat yang menunjukkan kepada apa yang utama dan ia merupakan projek gambaran realiti dan kebenaran yang merangkumi kewujudan dan kehidupan yang berlandaskan unsur - unsur asas yang yang di tubuhkan selama- lamanya.

Islam berteraskan kepercayaan kepada tuhan yang satu. Ianya terkandung di dalam Quran yang disampaikan melalui rasul.

Setelah membaca keseluruhan artikel saya amat bersetuju dengan pendapat yang di utarakan oleh penulis. Ini kerana, Pada pendapat saya , World view of Islam adalah pandangan dari kacamata Islam terhadap sesuatu isu yang berlaku. InI kerana sebagai seorang Islam setiap apa yang kita laku kan sama ada perbuatan , percakapan mahupun pemikiran haruslah berlandaskan ajaran Islam. Kita haruslah menitik beratkan segala penetapan  halal , haram, sunat , harus dan makhruh yang telah di tetapkan. Kerana dengan penetapan - penetapan ini lah yang menjadi alat untuk kita menilai baik buruk dan keutamaan sesuatu perkara.

Monday, 4 November 2013

Presentation (teater protes)

28/10/2013
Hari ni nervousnya lain macam sikit. Bukan apa , bukan nye tk biasa present dah selalu sgat tp hr ni sebab saya tk berape arif dengan bahan yang nk di presentkan.

Tajuk presentation saya Kemasyarakatan dan perwatakan dalam teater protes oleh Dinsman . Mula2 dapat skrip protes ni saya baca sekali lalu. Pastu tak paham.
Baca lagi faham sikit tapi masih blur . Aku cuba menginterpretasikan nya dgn perlambangan yang di maksudkan oleh siti Solehah. Masih blur. Ini kerana teater proses adalah teater aliran absurb. Untuk orang yang takde asas teater memang pening nk memahaminya. Tetapi untung jugak pengetahuan aku selama belajar sastera di tingkatan 4 hinga 6 atas sedikit sebanyak membantu aku untuk mengupas persoalan dan watak - watak di dalam teater ini.

Saya present ape yang aku mampu. Tetapi masih dipersoalkan tentang watak pengarang yang saya katakan mementingkan diri sendiri. Dan skop kajian yang saya kaji.. tp saya tetap bersyukur sekurang2nya tak banyak sangat teguran yang serius.

Daripada perbentangan slide ini akan dikembangkan di dalam bentuk essay 10-15 m/s. Saya pening lagi mampukah saya nak kembangkan isi- isi ini ke pada 10-15 m/s?. Berkali - kali saya membaca skrip protes itu untuk memulakan penulisan tetapi saya rasa agak mustahil saya nk kembangkan sebanyak itu.. dalam hati berkata "apalah aku nk kencing sampai 15m/s ni".

Saya menyemak semula buku2 sastera lama masa sekolah menengah dahulu untuk mengingatkan semula bagaimana nk mengupas dan mengembangkan watak dan persoalan. Tiba2 saya teringat kawan sepejabat ada meminjam buku dari saya tapi saya tak pasti buku apa sebab dah lama sgt.Saya mesti dapatkan buku itu balik.

Yes.... itu ayat pertama yang keluar dari mulut saya... ini la buku yang saya cari2 Drama Penantian oleh Mana Sikana. Banyak skrip2 teater didalamnya. Napela saya tk teringat buku ni awal2 dulu. Yang kawan saya ni pun satu nape la pinjam lama2 tp tknk pulang balik. Masa saya mintak buku ni dia boleh kata dia blm habis baca nnti pulangkan balik ye... confuse jap ni sape yang pinjam buku siape ni.... lantak la dia malas nk layan.

Setelah membelek buku itu saya tertarik dengan skrip Lampu Alam Lampu Neon oleh Kala Dewata. Camne ni nk tukar skrip tapi takut kn marah... last2 aku tawakal pm Dr Mas mintak tukar skrip. Berdebar aku tunggu balasan dari Dr. Last2 Dr balas setelah bersoal jawab serba sedikit Dr kata ok. Happy gile aku... senang sikit kerja aku nk menulis sebab teater ini lebih mudah di fahami kerana beraliran realism....

So disini saya nak mengucapkan terima kasih kepada Dr Mas kerana memahami masalah pelajarnya... Alhamdulillah penulisan essay sy dah bergerak lancar.. insyaallah boleh siap sebelum due date...

Monday, 28 October 2013

21/ 10/2013

Best itu yang boleh saya katakan tentang class Falsafah dan kesusasteraan  pada minggu ini. Dr Mas telah memilih beberapa artikel yang di ambil dari blog - blog pelajar untuk di bincangkan. Antara blog - blog itu blog aku pun ada. Takut gak sebenarnya sebab pelajar -pelajar dibahagikan kepada kumpulan iaitu satu kumpulan dua orang dan mereka perlu membincangkan tentang artikel dari blog yang akan di beri.

LSaya berkumpulan dengan Nurul dan perlu membincangkan artikel dari blog Shah man atau nama bloggernya Jejaka Berkasut Merah. Shah ni memang antara pelajat yang terbaik dalam class. So susah gak nak mencari bahan untuk di kecam di dalam penulisannya dan baca punya baca saya ternampak satu persoalan tentang  istilah penulis baik dan penulis jahat.

perbincangan berlangsung dengan hangat. Kedua - dua pihak tetap ingin mempertahankan pendirian masing - masing . Nasib baik la masa dah tamat kalau tak memangtak sudah - sudah lagi la. Sebab kami kalau bukan dalam class pun memang suka berdebat. Nampak macam bergaduh tetapi sebenarnya mesra.

anyway Shah ko memang hebat ko tau apa yang ko buat..

peace no war.....

Sunday, 20 October 2013

Novel –novel Melayu Mutakhir : Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa Oleh : Ramli Isin


Setelah membaca keseluruhan artikel saya bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan bahawa “novel adalah cerminan nilai budaya bangsa” Kenapa saya berkata begitu?
Saya adalah peminat novel – novel melayu ,diantara  Penulis  - Penulis Kesukaan saya ialah Ramlee Awang Mursid, Aisya Sofea dan Siti Rosmizah dan saya juga pernah membaca novel – novel penulis – penulis veteran seperti Keris Mas, A. Samad Said dan tidak ketinggalan juga Khadhijah Hashim. Yang mana novel – novel ini adalah merupakan diantara buku -  buku teks bagi pelajaran sastera tingkatan enam.
     
                                                            Koleksi novel - novel saya

Pada pengamatan saya adalah benar apa yang tertulis di dalam novel - novel adalah berkidsarkan latar dan permasalahan pada masa itu. Apa yang di sampaikan di dalam novel  era  60 -70 an adalah berkisar tentang  latar masa ketika itu dari segi ekonomi , sosial dan politik pada ketika itu. Kebanyakan novel – novel  pada zaman itu adalah berkisarkan darjat, kemiskinan dan pergolakan politik.

Manakala bagi novel di era ini pula lebih berkisarkan tentang  kekeluargaan , persaingan perniagaan , percintaan remaja di pusat pengajian tinggi  dan dendam , iri hati dengan kejayaan orang lain.
Kalau  di lihat isu – isu yang di bangkitkan tidak jauh berbeza , cuma mungkin bagi novel – novel  era baru banyak penggunaan teknologi di ketengahkan. Seperti penggunaan kereta, telefon bimbit. komputer dan ipad. Selain itu cerminan masyarakat melayu yang paling jelas di gambarkan di dalam novel –novel ini tanpa mengira zaman adalah penggunaan gelaran Pak Long ,Mak Long, Kak Long , Kak Ngah dan Anjang yang merupakan adat atau pangkat gelaran dalam sistem kekeluargaan melayu amat jelas digunakan.

Novel adalah alat penceritaan yang memerlukan pembaca berimaginasi untuk mendapatkan gambaran suasana. Oleh itu walaupun kita sudah berada pada tahun 2013 adalah amat digalakkan utuk kita membaca novel – novel yang di tulis pada zaman sebelum dan selepas merdeka bagi merasai dan mendapat gambaran suasana pada era tersebut. Ini adalah kerana  Novel adalah “cerminan Nilai Budaya Bangsa” yang bermaksud apa yang di tulis oleh penulis - penulis pada sesuatu era adalah berkisarkan gambaran kehidupan masyarakat pada masa itu.




Novel - Novel Mutakhir

Teks dan Makna dalam Drama Melayu Moden Oleh Solehah Ishak



Berdasarkan petikan  tersebut dapat kita fahami bahawa teks adalah salah satu bentuk ekspresi rasa dan makna halus yang ditunjangi aliran budi dan jiwa kebudayaan karyawannya. Teks yang baik adalah teks yang menyampaikan mesejnya secara berkias dan implisit dan khalayaklah yang akan mentafsirkan maknanya yang terselindung itu. Teks adalah cerminan budaya dan teks yang baik itu mampu membuatkan khalayak terus menerus mentafsirkan maknanya.

Selain mengenali teks kita juga harus mengenali pengkaryanya ini kerana setiap pengkarya mempunyai gaya dan cara tersendiri di dalam berkarya. 

Teks mempunyai beberapa bentuk iaitu :

Deklaratif - " straight to the point "
Imperatif - pengakhiran yang tergantung. Khalayak yang harus mengtafsirkan pengakhirannya.
Interogatif - cerita yang berlapis ( drama dalam drama)

Pada pendapat saya teks lebih menarik dan mudah dihayati apabila dipentaskan. Adalah menjadi tanggungjawab pengarah untuk menzahirkan apa yang tersurat. Bagi mendapatkan pementasan yang baik pengarah haruslah mengkaji teks bagi memahami apa sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh penulisnya. Selain itu pemilihan pelakon yang tepat, latar yang dicipta dalam pementasan tatarias ,kostum dan bantuan teknikal amat memainkan peranan bagi mewujudkan suasana yang sebenar seperti yang digambarkan oleh penulis.

Pengalaman saya menonton pementasan teater Badai Semalam pada tahun 2011 yang lalu benar - benar memberikan suatu kepuasan. Ini kerana dengan kebijaksanaan pengarah sebuah karya yang agak serius hasil penulisan Khadhijah Hashim ini telah di tukar menjadi muzikal teater tanpa mengubah maksud teks. Dengan teknologi hebat di Istana budaya juga telah membantu pertukaran babak berlangsung dengan kemas dan lancar. Strategi menggunakan pelakon - pelakon hebat dan berbakat besar seperti Erra Fazira ,Aroon Aziz dan Ummi Aida juga banyak membantu menarik minat penonton untuk terus menonton dan penghayatan watak yang sangat hebat dari para pelakon benar - benar  berkesan.


Tenaga Produksi: 
Pengarah: Khairunazwan Rodzi
Penulis Skrip: Rahimidin Zahari
Pengarah Artistik: Irwan Ismadi Shahrim

Sememangnya menonton pementasan teater adalah lebih memberi kepuasan dan lebih mudah menghayati mesej yang ingin disampaikan berbanding membaca buck asalnya yang agak berat dan membosankan terutamanya bagi generasi muda yang lebih gemarkan tema cerita - cerita yang ringan.


                                                              SALAH SATU BABAK DALAM BADAI SEMALAM




Thursday, 10 October 2013

Umat Melayu Cerminan Islam

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatMelayucerminanIslam/Article/#

Melalui artikal Melayu cerminan Islam saya bersetuju dengan pendapat penulis. Ini kerana sebagai manusia Bangsa Melayu adalah merupakan bangsa yang lengkap dan sempurna  di sebabkan oleh gabungan dua elemen iaitu agama Islam yang di anuti dan juga budaya masyarakat Melayu itu sendiri.
Pokoknya di sini ialah Perlambagaan Malaysia yang telah mentakrifkan bahawa ciri –ciri orang Melayu adalah beragama islam. Dengan ini secara automatik tanggapan dunia bahawa Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.
Islam adalah sebaik –baik agama. Islam adalah menyeluruh meliputi segala aspek dan cara hidup. Bagi masyarakat Melayu Islam Adalah agama rasmi mereka.  Sekiranya seseorang Melayu itu menghayati islam dengan sebenar – benarnya akan terhasillah  seorang umat yang sempurna dari segi penampilan akhlak dan tingkah laku.  Penetapan  halal dan haram dan sifat – sifat terpuji ini lah yang perlu di terapkan oleh orang – orang Melayu di dalam segala bidang yang mereka ceburi .
Selain itu  budaya yang di amalkan oleh masyarakat Melayu juga menyumbangkan  kesan yang positif terhadap pandangan dunia terhadap Islam.
Orang Melayu terkenal dengan sifat sopan santun, lemah lembut dari segi berbahasa dan tingkah laku seterusnya cara berbahasa orang melayu yang sentiasa berkias dan beralas menjadi kan bangsa Melayu suatu bangsa yang amat di senangi.
Dengan gabungan ajaran Islam dan budaya Melayu telah menjadikan Bangsa Melayu cerminan Islam yang sebenar – benarnya seperti yang di tetapkan di dalam syariat. Berbanding dengan orang Islam di Timur Tengah . Mereka juga beragama Islam. Tetapi budaya hidup mereka yang kasar dan buas menjadikan mereka satu gambaran yang kurang baik bagi agama Islam.
Sebagai contoh. Seringnya berlaku pertelingkahan dan peperangan saudara di Timur Tengah. Selain itu Satu maklumbalas peribadi yang saya terima dari pembantu rumah saya yang pernah bekerja di Arab Saudi , bahawa majikan – majikan di sana sangat kasar dan berlaku kejam dengan pembantu rumah dan ramai juga pembantu rumah yang di rogol sehingga hamil.
Disini boleh dikatakan walaupun bangsa Arab di Timur Tengah menganut agama Islam tetapi mereka bukan lah gambaran ataupun cerminan Islam yang baik berbanding dengan Bangsa Melayu.
Sekian saja pendapat peribadi saya