Monday, 28 October 2013

21/ 10/2013

Best itu yang boleh saya katakan tentang class Falsafah dan kesusasteraan  pada minggu ini. Dr Mas telah memilih beberapa artikel yang di ambil dari blog - blog pelajar untuk di bincangkan. Antara blog - blog itu blog aku pun ada. Takut gak sebenarnya sebab pelajar -pelajar dibahagikan kepada kumpulan iaitu satu kumpulan dua orang dan mereka perlu membincangkan tentang artikel dari blog yang akan di beri.

LSaya berkumpulan dengan Nurul dan perlu membincangkan artikel dari blog Shah man atau nama bloggernya Jejaka Berkasut Merah. Shah ni memang antara pelajat yang terbaik dalam class. So susah gak nak mencari bahan untuk di kecam di dalam penulisannya dan baca punya baca saya ternampak satu persoalan tentang  istilah penulis baik dan penulis jahat.

perbincangan berlangsung dengan hangat. Kedua - dua pihak tetap ingin mempertahankan pendirian masing - masing . Nasib baik la masa dah tamat kalau tak memangtak sudah - sudah lagi la. Sebab kami kalau bukan dalam class pun memang suka berdebat. Nampak macam bergaduh tetapi sebenarnya mesra.

anyway Shah ko memang hebat ko tau apa yang ko buat..

peace no war.....

Sunday, 20 October 2013

Novel –novel Melayu Mutakhir : Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa Oleh : Ramli Isin


Setelah membaca keseluruhan artikel saya bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan bahawa “novel adalah cerminan nilai budaya bangsa” Kenapa saya berkata begitu?
Saya adalah peminat novel – novel melayu ,diantara  Penulis  - Penulis Kesukaan saya ialah Ramlee Awang Mursid, Aisya Sofea dan Siti Rosmizah dan saya juga pernah membaca novel – novel penulis – penulis veteran seperti Keris Mas, A. Samad Said dan tidak ketinggalan juga Khadhijah Hashim. Yang mana novel – novel ini adalah merupakan diantara buku -  buku teks bagi pelajaran sastera tingkatan enam.
     
                                                            Koleksi novel - novel saya

Pada pengamatan saya adalah benar apa yang tertulis di dalam novel - novel adalah berkidsarkan latar dan permasalahan pada masa itu. Apa yang di sampaikan di dalam novel  era  60 -70 an adalah berkisar tentang  latar masa ketika itu dari segi ekonomi , sosial dan politik pada ketika itu. Kebanyakan novel – novel  pada zaman itu adalah berkisarkan darjat, kemiskinan dan pergolakan politik.

Manakala bagi novel di era ini pula lebih berkisarkan tentang  kekeluargaan , persaingan perniagaan , percintaan remaja di pusat pengajian tinggi  dan dendam , iri hati dengan kejayaan orang lain.
Kalau  di lihat isu – isu yang di bangkitkan tidak jauh berbeza , cuma mungkin bagi novel – novel  era baru banyak penggunaan teknologi di ketengahkan. Seperti penggunaan kereta, telefon bimbit. komputer dan ipad. Selain itu cerminan masyarakat melayu yang paling jelas di gambarkan di dalam novel –novel ini tanpa mengira zaman adalah penggunaan gelaran Pak Long ,Mak Long, Kak Long , Kak Ngah dan Anjang yang merupakan adat atau pangkat gelaran dalam sistem kekeluargaan melayu amat jelas digunakan.

Novel adalah alat penceritaan yang memerlukan pembaca berimaginasi untuk mendapatkan gambaran suasana. Oleh itu walaupun kita sudah berada pada tahun 2013 adalah amat digalakkan utuk kita membaca novel – novel yang di tulis pada zaman sebelum dan selepas merdeka bagi merasai dan mendapat gambaran suasana pada era tersebut. Ini adalah kerana  Novel adalah “cerminan Nilai Budaya Bangsa” yang bermaksud apa yang di tulis oleh penulis - penulis pada sesuatu era adalah berkisarkan gambaran kehidupan masyarakat pada masa itu.




Novel - Novel Mutakhir

Teks dan Makna dalam Drama Melayu Moden Oleh Solehah Ishak



Berdasarkan petikan  tersebut dapat kita fahami bahawa teks adalah salah satu bentuk ekspresi rasa dan makna halus yang ditunjangi aliran budi dan jiwa kebudayaan karyawannya. Teks yang baik adalah teks yang menyampaikan mesejnya secara berkias dan implisit dan khalayaklah yang akan mentafsirkan maknanya yang terselindung itu. Teks adalah cerminan budaya dan teks yang baik itu mampu membuatkan khalayak terus menerus mentafsirkan maknanya.

Selain mengenali teks kita juga harus mengenali pengkaryanya ini kerana setiap pengkarya mempunyai gaya dan cara tersendiri di dalam berkarya. 

Teks mempunyai beberapa bentuk iaitu :

Deklaratif - " straight to the point "
Imperatif - pengakhiran yang tergantung. Khalayak yang harus mengtafsirkan pengakhirannya.
Interogatif - cerita yang berlapis ( drama dalam drama)

Pada pendapat saya teks lebih menarik dan mudah dihayati apabila dipentaskan. Adalah menjadi tanggungjawab pengarah untuk menzahirkan apa yang tersurat. Bagi mendapatkan pementasan yang baik pengarah haruslah mengkaji teks bagi memahami apa sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh penulisnya. Selain itu pemilihan pelakon yang tepat, latar yang dicipta dalam pementasan tatarias ,kostum dan bantuan teknikal amat memainkan peranan bagi mewujudkan suasana yang sebenar seperti yang digambarkan oleh penulis.

Pengalaman saya menonton pementasan teater Badai Semalam pada tahun 2011 yang lalu benar - benar memberikan suatu kepuasan. Ini kerana dengan kebijaksanaan pengarah sebuah karya yang agak serius hasil penulisan Khadhijah Hashim ini telah di tukar menjadi muzikal teater tanpa mengubah maksud teks. Dengan teknologi hebat di Istana budaya juga telah membantu pertukaran babak berlangsung dengan kemas dan lancar. Strategi menggunakan pelakon - pelakon hebat dan berbakat besar seperti Erra Fazira ,Aroon Aziz dan Ummi Aida juga banyak membantu menarik minat penonton untuk terus menonton dan penghayatan watak yang sangat hebat dari para pelakon benar - benar  berkesan.


Tenaga Produksi: 
Pengarah: Khairunazwan Rodzi
Penulis Skrip: Rahimidin Zahari
Pengarah Artistik: Irwan Ismadi Shahrim

Sememangnya menonton pementasan teater adalah lebih memberi kepuasan dan lebih mudah menghayati mesej yang ingin disampaikan berbanding membaca buck asalnya yang agak berat dan membosankan terutamanya bagi generasi muda yang lebih gemarkan tema cerita - cerita yang ringan.


                                                              SALAH SATU BABAK DALAM BADAI SEMALAM




Thursday, 10 October 2013

Umat Melayu Cerminan Islam

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatMelayucerminanIslam/Article/#

Melalui artikal Melayu cerminan Islam saya bersetuju dengan pendapat penulis. Ini kerana sebagai manusia Bangsa Melayu adalah merupakan bangsa yang lengkap dan sempurna  di sebabkan oleh gabungan dua elemen iaitu agama Islam yang di anuti dan juga budaya masyarakat Melayu itu sendiri.
Pokoknya di sini ialah Perlambagaan Malaysia yang telah mentakrifkan bahawa ciri –ciri orang Melayu adalah beragama islam. Dengan ini secara automatik tanggapan dunia bahawa Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.
Islam adalah sebaik –baik agama. Islam adalah menyeluruh meliputi segala aspek dan cara hidup. Bagi masyarakat Melayu Islam Adalah agama rasmi mereka.  Sekiranya seseorang Melayu itu menghayati islam dengan sebenar – benarnya akan terhasillah  seorang umat yang sempurna dari segi penampilan akhlak dan tingkah laku.  Penetapan  halal dan haram dan sifat – sifat terpuji ini lah yang perlu di terapkan oleh orang – orang Melayu di dalam segala bidang yang mereka ceburi .
Selain itu  budaya yang di amalkan oleh masyarakat Melayu juga menyumbangkan  kesan yang positif terhadap pandangan dunia terhadap Islam.
Orang Melayu terkenal dengan sifat sopan santun, lemah lembut dari segi berbahasa dan tingkah laku seterusnya cara berbahasa orang melayu yang sentiasa berkias dan beralas menjadi kan bangsa Melayu suatu bangsa yang amat di senangi.
Dengan gabungan ajaran Islam dan budaya Melayu telah menjadikan Bangsa Melayu cerminan Islam yang sebenar – benarnya seperti yang di tetapkan di dalam syariat. Berbanding dengan orang Islam di Timur Tengah . Mereka juga beragama Islam. Tetapi budaya hidup mereka yang kasar dan buas menjadikan mereka satu gambaran yang kurang baik bagi agama Islam.
Sebagai contoh. Seringnya berlaku pertelingkahan dan peperangan saudara di Timur Tengah. Selain itu Satu maklumbalas peribadi yang saya terima dari pembantu rumah saya yang pernah bekerja di Arab Saudi , bahawa majikan – majikan di sana sangat kasar dan berlaku kejam dengan pembantu rumah dan ramai juga pembantu rumah yang di rogol sehingga hamil.
Disini boleh dikatakan walaupun bangsa Arab di Timur Tengah menganut agama Islam tetapi mereka bukan lah gambaran ataupun cerminan Islam yang baik berbanding dengan Bangsa Melayu.
Sekian saja pendapat peribadi saya

Sunday, 6 October 2013

KETAMADUNAN MELAYU ADALAH KETAMADUNAN ISLAM


Ketamadunan Melayu Adalah Ketamadunan Islam

Oleh :S.M Zakir

Setelah membaca kerseluruhan artikel Ketamadunan Melayu adalah Ketamadunan Islam saya amat tertarik dengan beberapa petikan ayat dari artikal tersebut.

“Amat jelas di sini, bahawa Melayu itu adalah konsep tentang ketamadunan Islam. Tanpa ketamadunan Islam, Melayu itu tidak mungkin wujud sebagaimana yang ada sekarang. Bahkan mungkin perkataan ‘Melayu’ dan konsep kenegaraan ‘Melayu’ itu juga difahami dalam bentuk lain, atau tidak wujud sama sekali. Melayu bukan bermakna bangsa atau kaum tetapi adalah agama dan tamadun.”

Perlembagaan persekutuan Malaysia mentafsirkan dalam artikel 160: “Melayu” ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu …..

Setelah membaca petikan –petikan ini saya bersetuju dengan penmulis  bahawa Ketamadunan Melayu adalah Ketamadunan Islam. Ini menunjukkan bahawa maksud Melayu itu sendiri bukanlah melambangkan sesuatu bangsa tetapi membawa maksud yang lebih meluas iaitu satu cara hidup bercirikan Islam yang lebih berteraskan rasional dan saintifik serta lebih mementingkan ilmu dan kebebasan dalam menjalani kehidupan. Kebebasan yang dimaksudkan disini ialah setiap manusia adalah hanya hamba kepada Allah s.a.w dan bukan hamba kepada sesiapapun (penghapusan sistem perhambaan). Dengan mengamalkan ajaran Islam dan menjalankan kehidupan cara Islam telah menjadikan Melayu satu tamadun yang di segani. Begitu pentingnya kaitan Islam dalam masyarakat Melayu sehingga boleh dikatakan bahawa sekiranya seseorang Melayu itu murtad bermaksud dia juga tidak boleh digelar Melayu lagi dia juga dianggap menderhaka kepada sultan yang diangkat sebagai ketua kepada agama Islam.

Namun begitu jika dikaitkan dengan kehidupan kita pada hari ini boleh dilihat bahawa semakin ramai orang Melayu yang malu menjadi Melayu.

  1. Orang Melayu yang asal keturunan nya beragama Islam  tidak menghayati ajaran Islam itu dengan sepenuhnya akibatnya orang Melayu yang terkenal dengan sopan berpakaian dan tutur kata serta batas - batas  pergaulan lelaki dan perempuan tidak di indah kan lagi.
  2. Orang Melayu tidak bangga dengan wajah Melayu mereka. Orang melayu yang terkenal dengan rupa – paras yang sederhana berambut hitam dan bermata hitam. Tetapi kini semakin ramai orang-orang Melayu yang menukar penampilan mereka dengan mewarnakan rambut menjadi perang dan memakai kanta pelekap. Yang lebih dahsyat lagi sehingga sanggup melakukan pembedahan plastic bagi menaikkan ketinggian hidung.
  3. Berbahasa Melayu dianggap tidak bijak dan Moden. Oleh sebab itu kebanyakan orang Melayu terutamanya yang berpendidikan tinggi dan golongan berada lebih gemar bertutur bahasa Inggeris di kalangan Mereka. Paling menyedihkan ada dikalangan Mereka yang bertutur dan menghantar anak – anak mereka ke sekolah yang beraliran Inggeris sehinggakan ada diantaranya yang lebih fasih berbahasa Inggeris dari berbahasa Melayu.
  4. Malaysia sebuah Negara yang memiliki masyarakat majmuk . Bagi menjaga hati masyarakat yang berbilang kaum bahasa Melayu yang dahulunya bahasa rasmi Negara Malaysia telah di ubah menjadi Bahasa Malaysia.

Berikut adalah beberapa pendapat peribadi saya. Berdasarkan pemerhatian. Dengan itu bagi memastikan agar Tamadun Melayu terus gah di mata dunia , kita sebagai Bangsa Melayu haruslah berperanan memelihara ciri –ciri utama yang menjadi kebanggaan Bangsa Melayu itu sendiri agar Melayu terus gah di mata dunia. Bak kata Laksamana Hang Tuah “Takkan Melayu Hilang di Dunia”

                                                 PERMATA HATI PEWARIS BANGSA

Day - 3


30/9/2013

Hari ini kelas Kesusasteraan dan Falsafah Melayu dijalankan di makmal komputer.   Aku dan geng datang cepat sbb hari ni nak isi borang tukar mode part time ke full time. So blh la aku ambil lebih subjek dan boleh la habis belajar cepat.
Hari ni aku belajar buat blog... Jenuh jugak la nk create blog ni  tapi dengan tunjuk ajar Dr. Mas dan kawan - kawan tercipta juga la blog aku.. terima kasih semua....
Blog aku... itaizlyn@blogspot.com


My Family

Wednesday, 2 October 2013

Day - 2

Kelas Kesusasteraan & Falsafah Melayu bermula lagi. Hari ini kami di kejutkan dengan satu tugasan spontan soalan berdasarkan dari apa yang terkandung di dalam buku Syed Muhammad Naquib Al - Attas (Buku Ayam). Tajuk lupa dah...... Tapi berkenaan dengan zaman baru... Alhamdulillah.... group aku No g dan Dila.. Dlm masa setengah jam siap gak presentation.... apalagi sesi goreng menggoreng pun bermula... well done friends...

                                                                  Kami Yang Gigih